176 Orchard Road #05-05 The Centrepoint, Singapore 238843.

ISKANDAR MALAYSIA ‘SKOR A’, TERIMA PENGIKTIRAFAN CDP

Iskandar Malaysia diiktiraf Carbon Disclosure Project (CDP) sebagai salah satu daripada 119 bandar di seluruh dunia menunjukkan kepimpinan berani terhadap tindakan alam sekitar dan ketelusan walaupun dalam tekanan persekitaran ekonomi global yang mencabar.

Pengiktirafan tersebut menyaksikan Iskandar Malaysia dinamakan pemimpin tindakan iklim dalam senarai CDP ‘Cities A List 2023′ yang merupakan kali keempat selepas tahun 2019, 2020 dan 2022.

Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), Dato’ Dr. Badrul Hisham Kassim memaklumkan Iskandar Malaysia diiktiraf atas suara terhadap usaha dilakukan di wilayah tersebut dalam mewujudkan masyarakat rendah karbon di rantau ini.

Selain berbangga dengan pencapaian diraih, IRDA juga sudah mengambil tindakan ke hadapan untuk menjadikan wilayah itu berdaya tahan iklim dan neutral karbon seperti dalam Pelan Pembangunan Komprehensif (CDPiii) Iskandar Malaysia 2022-2030.

Untuk mendapat markah A, sesebuah bandar perlu didedahkan secara umum menerusi ‘CDP-ICLEI Track’ (laporan aktiviti alam sekitar), mempunyai inventori emisi seluruh bandar dan sudah menerbitkan pelan tindakan iklim.

Justeru, Iskandar Malaysia telah berkongsi bersama negara luar program-program rendah karbonnya dalam persidangan Minggu Iklim Asia Pasifik (APCW) 2023 yang mendorong kepada pengiktirafan CDP ‘Cities A List 2023’.

Di samping itu, Iskandar Malaysia juga sudah membangunkan Pelan Tindakan Masyarakat Rendah Karbon Iskandar Malaysia (LCSBPIM) 2030 untuk membantu dan membimbing lima pihak berkuasa tempatan (PBT) di wilayah berkenaan.

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor

Source from Media Digital Johor 

Leave a comment