176 Orchard Road #05-05 The Centrepoint, Singapore 238843.

FLLSPG 2024 SASAR 500,000 PENGUNJUNG

Festival Layang-layang Sedunia Pasir Gudang (FLLSPG) 2024 anjuran bersama Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG), Persatuan Pelayang Johor dan Majlis Pelayang Malaysia menyasarkan kehadiran 500,000 pengunjung sepanjang sembilan hari penganjurannya.

Festival yang bakal berlangsung bermula 24 Februari sehingga 3 Mac ini bakal menyaksikan pembabitan 135 peserta antarabangsa dari 39 negara dan juga lebih 400 peserta tempatan.

Menariknya, pada tahun ini FLLSPG 2024 yang ditunggu-tunggu ini bakal diadakan dalam tempoh yang lebih lama iaitu sembilan hari yang merangkumi pra festival (Gema Festival) dan Festival Layang-layang selain turut membawakan persembahan “Stunt Kite” bagi menarik minat golongan muda untuk melibatkan diri dalam permainan layang-layang.

Tema Budaya Dinamik pula dipilih pada festival kali ini yang turut menjadi tanda yang menyokong tema MBPG iaitu Dinamik Pasir Gudang. Pelbagai acara turut diadakan seperti pertandingan wau dan layang-layang serta persembahan daripada artis jemputan.

Terdahulu, satu Mesyuarat Jawatankuasa Induk Penganjuran FLLSDPG 2024 yang dipengerusikan oleh YB Dato’ Haji A. Rahim Nin telah diadakan pada 10 Januari lalu di MBPG bagi membincangkan gerak kerja bersama pihak-pihak terlibat.

Untuk rekod, FLLSPG peringkat antarabangsa ini telah diadakan sebanyak 26 kali bermula pada 1995 hingga 2024 dan hanya sekali diadakan untuk peringkat kebangsaan iaitu pada 2022 selepas dua tahun tiada penganjuran akibat pandemik Covid-19.

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor

Source from Media Digital Johor 

Leave a comment