176 Orchard Road #05-05 The Centrepoint, Singapore 238843.

JETCO PENGHUBUNG PENTING JOHOR-SINGAPURA

ISKANDAR PUTERI — Pejabat Ekonomi, Pelancongan dan Kebudayaan Johor (JETCO) berperanan penting sebagai penghubung antara Johor dan Singapura melibatkan sektor kepada ekonomi, pelaburan, pelancongan dan budaya.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya Negeri Johor, K. Raven Kumar berkata, penubuhan JETCO pada tahun 2020 telah merapatkan lagi hubungan kedua-dua belah pihak.Menurutnya, berdasarkan jumlah keseluruhan pelaburan diterima Johor pada tahun lalu, Singapura menjadi antara penyumbang terbesar dengan merekodkan RM70 bilion.

“Jadi kita perlu jaga (pelabur), macam tadi dalam ucapan, saya cakap kita tidak boleh apabila terima pelaburan kemudian kita abaikan pelabur.

“Jadi selepas terima pelaburan itu (menjadi) peranan-peranan JETCO, kita kena promosi produk-produk kita, bukan pelancongan Johor sahaja. Tetapi JETCO yang sudah berada di Singapura boleh terus bantu kalau terdapat acara dekat Singapura,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Berbuka Puasa dan Silaturahim anjuran JETCO, di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif JETCO, Saifuddin Abdul Rahim berkata, perkhidmatan yang ditawarkan JETCO untuk pemain industri Johor dan Singapura adalah dari segi promosi, pencarian tapak, hebahan insentif serta pencarian tenaga pekerja.

Ujarnya, lokasi Johor dan Singapura menjadi faktor yang memudahkan urusan pelaburan selain kelebihan kos tanah dan pengoperasian di negeri ini, lebih rendah berbanding di negara jiran.

“Saya tengok sekarang ‘trend’ (pelabur) adalah pejabat operasi kekal di Singapura tapi kilang berada di Johor,” katanya.

Beliau turut memaklumkan sumbangan terbesar ekonomi Singapura kepada Johor adalah dalam sektor pembuatan.

 

Source: Media Digital Johor

Leave a comment